PELAJARAN 43

Pandangan Orang Kristian tentang Alkohol

Pandangan Orang Kristian tentang Alkohol
Tunjuk Perkataan Sembunyi Perkataan

Di serata dunia, orang ada pandangan yang berbeza tentang alkohol. Ada yang suka minum sekali-sekala bersama kawan, ada yang langsung tidak mahu minum, dan ada pula yang minum sampai mabuk. Apakah pandangan Bible tentang alkohol?

1. Adakah Bible melarang kita minum alkohol?

Tidak. Bible kata, ‘Wain membuat hati manusia gembira.’ (Mazmur 104:14, 15) Itulah salah satu nikmat yang Tuhan berikan kepada manusia. Bible juga ada menyebut tentang sesetengah hamba Tuhan yang setia yang minum alkohol.​—1 Timotius 5:23.

2. Apakah nasihat Bible bagi orang yang memilih untuk minum alkohol?

Yehuwa mengutuk perbuatan minum tanpa kawalan dan kemabukan. (Galatia 5:21) Bible kata, “Janganlah tergolong sebagai orang yang minum terlalu banyak wain.” (Amsal 23:20) Tidak kira kita minum bersama orang lain atau secara bersendirian, janganlah minum sehingga pemikiran dan kesihatan kita terjejas, atau kelakuan dan kata-kata kita tidak terkawal. Jika kita tidak dapat mengawal jumlah yang kita minum, lebih baik kita tidak minum sama sekali.

3. Bagaimanakah kita menunjukkan hormat terhadap keputusan orang lain?

Keputusan untuk minum atau tidak terpulang kepada setiap orang. Kita tidak patut menghakimi orang yang memilih untuk minum alkohol, dan kita juga tidak patut memaksa orang untuk minum jika dia tidak mahu. (Roma 14:10) Selain itu, kita boleh memilih untuk tidak minum jika kita tahu hal itu akan mengganggu hati nurani orang lain. (Baca Roma 14:21.) Kita sentiasa berusaha “melakukan apa yang berfaedah bagi orang lain, dan bukan hanya melakukan apa yang berfaedah bagi diri sendiri.”​—Baca 1 Korintus 10:23, 24.

KETAHUILAH

Kaji prinsip Bible yang dapat membantu anda memutuskan sama ada untuk minum alkohol atau tidak dan jumlah yang patut diminum. Belajar juga tip-tip untuk menangani masalah pengambilan alkohol yang berlebihan.

4. Minum atau tidak?

Mari kita lihat mukjizat Yesus yang pertama untuk mengetahui pandangannya tentang alkohol. Baca Yohanes 2:1-11, kemudian bincang soalan berikut:

  • Apakah pandangan Yesus tentang alkohol dan orang yang meminumnya?

  • Memandangkan Yesus tidak melarang kita minum alkohol, apakah sepatutnya pandangan kita terhadap orang yang memilih untuk minum?

Orang Kristian dibenarkan minum alkohol. Namun kita perlu memilih masa yang sesuai untuk minum. Baca Amsal 22:3, kemudian fikirkan sama ada anda patut minum dalam situasi berikut:

  • Anda akan memandu atau mengendalikan mesin.

  • Anda hamil.

  • Doktor menasihati anda untuk tidak minum alkohol.

  • Anda tidak dapat kawal jumlah yang anda minum.

  • Undang-undang melarang anda minum alkohol.

  • Anda bersama orang yang ingin menjauhi alkohol kerana dia pernah ada masalah peminuman.

Patutkah anda hidangkan alkohol semasa jamuan perkahwinan atau parti? Mainkan VIDEO untuk lihat prinsip yang dapat membantu anda buat keputusan.

Baca Roma 13:13 dan 1 Korintus 10:31, 32. Selepas membaca setiap ayat, bincang soalan berikut:

  • Bagaimanakah prinsip dalam ayat ini membantu anda membuat keputusan yang menyenangkan hati Yehuwa?

Orang Kristian harus memutuskan sendiri sama ada mahu minum alkohol atau tidak. Kita juga harus memilih masa yang sesuai untuk minum

5. Tentukan jumlahnya

Jika anda memilih untuk minum alkohol, ingatlah bahawa Yehuwa mengutuk perbuatan minum secara berlebihan. Mengapa? Baca Hosea 4:11, 18, kemudian bincang soalan berikut:

  • Apakah yang mungkin berlaku jika seseorang minum terlalu banyak?

Untuk mengelakkan daripada minum berlebihan, kita perlu sedar akan batas diri sendiri. Baca Amsal 11:2, kemudian bincang soalan berikut:

  • Mengapakah bijak untuk menetapkan batas bagi jumlah alkohol yang akan anda minum?

6. Mengatasi masalah peminuman

Lihatlah apa yang membantu seorang lelaki berhenti menyalahgunakan alkohol. Mainkan VIDEO, kemudian bincang soalan berikut:

  • Apakah kesan alkohol terhadap kelakuan Dmitry?

  • Dapatkah dia berhenti minum dengan serta-merta?

  • Bagaimanakah dia berjaya mengatasi ketagihannya?

Baca 1 Korintus 6:10, 11, kemudian bincang soalan berikut:

  • Betapa seriuskah kemabukan di mata Tuhan?

  • Apakah yang menunjukkan bahawa seorang pemabuk dapat berubah?

Baca Matius 5:30, kemudian bincang soalan berikut:

  • Apabila Yesus kata kita perlu memotong tangan, hal itu bermaksud bahawa kita perlu buat pengorbanan untuk menyenangkan hati Yehuwa. Apakah yang dapat anda lakukan jika anda ketagihan alkohol? a

Baca 1 Korintus 15:33, kemudian bincang soalan berikut:

  • Apakah kesannya jika anda bergaul dengan orang yang suka minum banyak alkohol?

ORANG MUNGKIN TANYA: “Salahkah untuk minum alkohol?”

  • Apakah jawapan anda?

RINGKASAN

Alkohol ialah pemberian daripada Yehuwa. Tetapi Dia membenci perbuatan mabuk atau minum berlebihan.

Ulang Kaji

  • Apakah pandangan Bible tentang alkohol?

  • Apakah bahaya minum berlebihan?

  • Bagaimanakah kita menunjukkan kita menghormati keputusan orang lain dalam soal peminuman?

Matlamat

JOM BELAJAR

Bagaimanakah orang muda dapat membuat keputusan yang bijak tentang minuman beralkohol?

Fikir Dahulu Sebelum Minum (2:31)

a Mereka yang ketagihan alkohol mungkin perlu mendapatkan bantuan profesional untuk mengatasi masalah ini. Banyak doktor menasihati orang yang pernah ketagihan alkohol agar tidak minum sama sekali.