PELAJARAN 47
Adakah Anda Bersedia untuk Dibaptis?
Setakat ini, anda sudah belajar banyak tentang Yehuwa dan anda mungkin telah membuat banyak perubahan dalam hidup anda. Namun, bagaimana jika ada sesuatu yang menghalang anda daripada membaktikan diri kepada Yehuwa dan dibaptis? Pelajaran ini akan membincangkan sesetengah cabaran dan cara untuk mengatasinya.
1. Berapa banyak pengetahuan yang perlu anda miliki sebelum dibaptis?
Bible kata kita perlu ada “pengetahuan yang tepat tentang kebenaran.” (1 Timotius 2:4) Maka yang penting bukanlah kita mengetahui segala-galanya dalam Bible, tetapi kita mesti ada pengetahuan yang asas tentang ajarannya. Para penatua dapat membantu anda mengetahui sama ada anda mempunyai cukup pengetahuan atau tidak untuk dibaptis. Sebenarnya, orang yang sudah dibaptis selama bertahun-tahun pun perlu terus mengkaji Bible.—Kolose 1:9, 10.
2. Apakah langkah lain yang perlu diambil sebelum dibaptis?
Bible kata, “Bertaubatlah, dan berpalinglah kepada Tuhan.” (Baca Kisah 3:19.) Maksudnya anda berasa susah hati atas kesalahan yang telah anda lakukan dan meminta ampun daripada Tuhan. Anda juga bertekad untuk menolak hal-hal yang dibenci Tuhan dan hidup dalam cara yang menyenangkan hati-Nya. Selain itu, anda menyertai aktiviti sidang seperti menghadiri perjumpaan secara tetap dan menginjil bersama sidang sebagai penyiar yang belum dibaptis.
3. Mengapakah perasaan takut tidak patut menghalang anda daripada dibaptis?
Ada orang yang takut mereka akan mengecewakan Yehuwa atau buat salah selepas dibaptis. Sebenarnya, hamba-hamba Tuhan pada zaman dulu pernah buat silap, tetapi Yehuwa masih sayang mereka. Dia tidak menuntut kesempurnaan daripada kita. (Baca Mazmur 103:13, 14.) Dia sangat gembira apabila melihat kita berusaha memberi-Nya yang terbaik dan Dia berjanji untuk membantu kita. Bible kata tidak ada apa-apa yang “dapat memisahkan kita daripada kasih Tuhan.”—Baca Roma 8:38, 39.
KETAHUILAH
Lihat bagaimana bantuan Yehuwa dan pengetahuan tentang-Nya dapat menolong anda mengatasi apa saja cabaran untuk dibaptis.
4. Kenali Yehuwa dengan lebih baik
Berapa banyak pengetahuan yang perlu anda ada tentang Yehuwa sebelum dibaptis? Anda perlu ada cukup pengetahuan agar dapat memupuk kasih kepada-Nya dan keinginan untuk menggembirakan hati-Nya. Mainkan VIDEO untuk lihat bagaimana orang lain yang belajar Bible berusaha berbuat demikian. Kemudian bincang soalan berikut:
Apakah yang membantu mereka dalam video ini agar bersedia untuk dibaptis?
Baca Roma 12:2, kemudian bincang soalan berikut:
Adakah anda ragu-ragu tentang ajaran Bible atau sama ada Saksi-Saksi Yehuwa mengajarkan kebenaran?
Jika ya, apakah yang patut anda buat?
5. Atasi halangan untuk dibaptis
Orang yang mahu membaktikan diri kepada Yehuwa dan dibaptis akan menghadapi cabaran. Mainkan VIDEO untuk lihat satu contoh, kemudian bincang soalan berikut:
Apakah halangan yang perlu Narangerel atasi untuk menyembah Yehuwa?
Bagaimanakah kasih kepada Yehuwa membantunya berjaya?
Baca Amsal 29:25 dan 2 Timotius 1:7, kemudian bincang soalan berikut:
Apakah yang memberi kita keberanian untuk mengatasi cabaran?
6. Yakin akan bantuan Yehuwa
Yehuwa akan membantu anda hidup mengikut kehendak-Nya. Mainkan VIDEO, kemudian bincang soalan berikut:
Apakah yang menghalang pelajar Bible dalam video ini untuk dibaptis?
Apakah yang menguatkan keyakinannya kepada Yehuwa?
Baca Yesaya 41:10, 13, kemudian bincang soalan berikut:
Mengapakah anda dapat yakin bahawa anda akan berjaya menunaikan janji pembaktian anda?
7. Kuatkan kasih kepada Yehuwa
Apabila anda merenungkan betapa dalam kasih Yehuwa kepada anda, anda akan dipenuhi rasa syukur dan ingin menyembah-Nya selama-lamanya. Baca Mazmur 40:5, kemudian bincang soalan berikut:
Apakah berkat daripada Yehuwa yang anda sangat hargai?
Nabi Yeremia sangat mengasihi Yehuwa dan Firman-Nya. Dia gembira kerana dapat mewakili Yehuwa. Dia berkata, “Firman-Mu membuat hatiku gembira dan bersukacita, kerana aku menyandang nama-Mu, ya Tuhan Yehuwa.” (Yeremia 15:16) Bincang soalan berikut:
Mengapakah menjadi seorang Saksi-Saksi Yehuwa ialah sesuatu yang sangat istimewa?
Adakah anda mahu dibaptis sebagai Saksi-Saksi Yehuwa?
Adakah apa-apa yang menghalang anda daripada berbuat demikian?
Pada pendapat anda, apakah yang perlu anda lakukan agar dapat dibaptis?
ADA ORANG KATA: “Saya takut saya tidak dapat jadi orang Kristian yang baik dan akan kecewakan Yehuwa selepas dibaptis.”
Adakah anda pun rasa begitu?
RINGKASAN
Dengan bantuan Yehuwa, anda dapat mengatasi apa saja cabaran dan dibaptis.
Ulang Kaji
Berapa banyak pengetahuan Bible yang perlu anda miliki sebelum dibaptis?
Apakah perubahan yang mungkin anda perlu buat sebelum dibaptis?
Mengapakah perasaan takut tidak patut menghalang anda daripada dibaptis?
JOM BELAJAR
Tonton bagaimana seorang lelaki berjaya mengatasi cabaran besar lalu dibaptis.
NIKMATI HIDUP SELAMA-LAMANYA!—KURSUS PERBINCANGAN BIBLE