PELAJARAN 48

Pilih Kawan dengan Bijak

Pilih Kawan dengan Bijak
Tunjuk Perkataan Sembunyi Perkataan

Kita sering mengongsi suka duka hidup dengan kawan baik kita. Tetapi Bible mengingatkan kita bahawa bukan semua orang merupakan pengaruh yang baik. Jadi, bagaimanakah kita dapat memilih kawan dengan bijak? Mari kita lihat caranya.

1. Bagaimanakah kawan kita dapat mempengaruhi kita?

Kita sering meluangkan masa bersama kawan-kawan kita, tidak kira secara bersemuka atau melalui media sosial. Apabila kita bergaul rapat dengan seseorang, kita cenderung meniru sikap atau tingkah laku mereka. Maka kawan kita dapat menjadi pengaruh yang baik atau buruk. Bible kata, “Orang yang bergaul dengan orang bijak akan menjadi bijak, tetapi orang yang bersahabat dengan orang bodoh [orang yang tidak mengasihi Yehuwa] akan celaka.” (Amsal 13:20) Nasihat ini mengingatkan kita tentang pentingnya mencari sahabat yang baik. Pergaulan yang rapat dengan orang yang tidak mengasihi Yehuwa akan menyebabkan kita menjauhi-Nya. Sebaliknya, kawan yang mengasihi dan menyembah Yehuwa dapat membantu kita menghampiri-Nya dan memilih haluan hidup yang bijak. Jadi, jika kita ada sahabat yang baik, kita dapat ‘terus menggalakkan dan menguatkan satu sama lain.’​—1 Tesalonika 5:11.

2. Bagaimanakah pilihan kita mempengaruhi Yehuwa?

Bible kata, “[Yehuwa] akrab dengan orang yang melakukan apa yang benar.” (Amsal 3:32) Jika kita ingin menyenangkan hati Yehuwa dan menjadi sahabat-Nya, kita juga perlu memilih kawan baik yang mengasihi-Nya. (Mazmur 15:1-4) Jika kita bergaul rapat dengan orang yang tidak mengasihi-Nya, sudah pasti Dia akan rasa kecewa.​—Baca Yakobus 4:4.

KETAHUILAH

Lihat mengapa penting untuk memilih kawan dengan bijak dan bagaimana anda dapat memupuk persahabatan dengan orang yang baik.

3. Elakkan pergaulan yang buruk

Orang yang tidak mengasihi Tuhan dan perintah-Nya ialah pergaulan yang buruk. Mainkan VIDEO, kemudian bincang soalan berikut:

  • Bagaimanakah kita mungkin terjebak dalam pergaulan buruk tanpa menyedarinya?

Baca 1 Korintus 15:33, kemudian bincang soalan berikut:

  • Bagi anda, siapakah yang dikira sebagai pergaulan buruk? Mengapa?

Baca Mazmur 119:63, kemudian bincang soalan berikut:

  • Bagaimanakah anda tahu seseorang itu kawan yang baik?

Sebiji epal yang buruk akan merosakkan epal lain. Apakah kesan pergaulan buruk terhadap anda?

4. Bersahabat dengan orang daripada pelbagai latar

Bible menyebut tentang persahabatan erat antara Daud dengan Yonatan. Biarpun umur dan latar belakang mereka sangat berbeza, hal itu tidak menjadi penghalang. Baca 1 Samuel 18:1, kemudian bincang soalan berikut:

  • Mengapakah kita tidak patut hanya berkawan dengan orang yang sebaya atau yang sama latar belakang?

Baca Roma 1:11, 12, kemudian bincang soalan berikut:

  • Bagaimanakah kawan yang mengasihi Yehuwa dapat membantu kita?

Dalam video berikut, lihat bagaimana seorang saudara memupuk persahabatan dengan seseorang yang sangat berbeza daripadanya. Mainkan VIDEO, kemudian bincang soalan berikut:

  • Mengapakah ibu bapa Akil risau tentang pergaulannya di sekolah?

  • Pada mulanya, mengapakah dia tertarik kepada kawan-kawan di sekolah?

  • Bagaimanakah dia mengatasi rasa sunyi?

5. Cara memupuk persahabatan yang baik

Belajarlah cara untuk mendapat sahabat sejati dan menjadi sahabat sejati. Mainkan VIDEO.

Baca Amsal 18:24 dan 27:17, kemudian bincang soalan berikut:

  • Bagaimanakah sahabat sejati membantu satu sama lain?

  • Adakah anda mempunyai kawan sebegini? Jika tidak, bagaimanakah anda dapat mencari sahabat sejati?

Baca Filipi 2:4, kemudian bincang soalan berikut:

  • Untuk mendapat kawan yang baik, anda perlu menjadi seorang sahabat yang sejati. Bagaimanakah anda dapat berbuat demikian?

Jadilah sahabat yang baik untuk memiliki sahabat sejati

ADA ORANG KATA: “Saya tidak mahu terlalu memilih. Nanti tiada orang mahu berkawan dengan saya.”

  • Apakah yang akan anda katakan?

RINGKASAN

Jika kita memilih kawan dengan bijak, kita mendapat banyak manfaat dan menggembirakan Yehuwa.

Ulang Kaji

  • Mengapakah Yehuwa mahu kita memilih kawan dengan bijak?

  • Kita tidak patut bergaul rapat dengan siapa?

  • Bagaimanakah anda dapat memupuk persahabatan yang erat dengan kawan yang baik?

Matlamat

JOM BELAJAR

Apakah yang perlu anda tahu tentang kawan-kawan dalam Internet?

Gunakan Rangkaian Sosial dengan Bijak (4:12)