PELAJARAN 50

Rahsia Kebahagiaan Keluarga​—Bahagian 2

Rahsia Kebahagiaan Keluarga​—Bahagian 2
Tunjuk Perkataan Sembunyi Perkataan

Anak-anak ialah anugerah daripada Tuhan. Oleh itu, Yehuwa ingin ibu bapa menjaga mereka dengan baik. Untuk membantu ibu bapa dan anak-anak memainkan peranan mereka, Yehuwa telah menyediakan nasihat yang berguna dalam Firman-Nya.

1. Apakah nasihat Yehuwa bagi ibu bapa?

Yehuwa mahu ibu bapa mengasihi dan meluangkan sebanyak masa yang mungkin bersama anak-anak. Dia juga mahu ibu bapa melindungi dan mendidik anak dengan menggunakan prinsip Bible. (Amsal 1:8) Firman Tuhan menasihati para bapa untuk ‘terus membesarkan anak-anak dengan nasihat daripada Yehuwa.’ (Baca Efesus 6:4.) Yehuwa telah memberi ibu bapa tanggungjawab untuk membesarkan anak-anak. Maka Dia sangat gembira apabila ibu bapa menerapkan nasihat-Nya dan tidak menyerahkan tugas ini kepada orang lain.

2. Apakah nasihat Yehuwa bagi anak-anak?

Yehuwa berkata kepada anak-anak, “Patuhilah ibu bapa kamu.” (Baca Kolose 3:20.) Anak-anak yang menghormati dan mematuhi ibu bapa membuat Yehuwa dan ibu bapa mereka sangat gembira. (Amsal 23:22-25) Biarpun Yesus sempurna, dia menghormati dan mematuhi ibu bapanya di bumi. Maka dia ialah teladan yang baik bagi anak-anak.​—Lukas 2:51, 52.

3. Bagaimanakah anda sekeluarga dapat menghampiri Tuhan?

Sebagai ibu bapa, anda ingin anak-anak mengasihi Yehuwa. Bagaimanakah anda dapat membantu mereka memupuk kasih yang dalam kepada Tuhan? Bible kata, ‘Ajarkanlah firman Yehuwa kepada anak-anak kamu secara berulang-ulang. Percakapkanlah semua itu semasa kamu di rumah dan semasa kamu berjalan.’ (Ulangan 6:7) Sudah pasti anda sedar bahawa anak-anak mudah lupa. Jadi dengan mengajar mereka tentang Firman Tuhan secara berulang kali, anda sedang menanam ajaran Yehuwa jauh di dalam lubuk hati mereka. Gunakanlah setiap kesempatan yang ada untuk bercakap dengan anak-anak tentang Yehuwa. Jadualkan masa juga untuk belajar Bible bersama keluarga anda setiap minggu. Jika anda tiada anak pun, adalah baik untuk menetapkan masa untuk belajar Firman Tuhan setiap minggu. Anda pasti mendapat banyak manfaat daripadanya.

KETAHUILAH

Belajar nasihat yang dapat membantu keluarga anda menjadi lebih bahagia dan aman.

4. Didik anak dengan kasih

Memang tidak mudah untuk mendidik anak. Bagaimanakah nasihat Bible dapat membantu anda? Baca Yakobus 1:19, 20, kemudian bincang soalan berikut:

  • Bagaimanakah ibu bapa dapat menunjukkan kasih semasa bercakap dengan anak-anak?

  • Mengapakah ibu bapa tidak patut mendisiplinkan anak dalam keadaan yang marah? a

5. Lindungi anak anda

Untuk melindungi anak daripada pemangsa seks, anda harus mendidik anak anda tentang seks biarpun anda rasa kekok untuk bercakap tentang hal ini. Mainkan VIDEO, kemudian bincang soalan berikut:

  • Mengapakah ibu bapa rasa susah untuk bercakap dengan anak tentang seks?

  • Bagaimanakah sesetengah ibu bapa menjelaskan topik ini kepada anak mereka?

Seperti yang dinubuatkan, dunia Syaitan makin lama makin jahat. Baca 2 Timotius 3:1, 13, kemudian bincang soalan berikut:

  • “Orang jahat” yang disebut di ayat 13 mungkin mendera anak-anak secara seksual. Jadi, mengapakah ibu bapa mesti mendidik anak tentang seks dan cara melindungi diri daripada pemangsa seks?

Tahukah anda?

Saksi-Saksi Yehuwa menerbitkan banyak bahan untuk membantu ibu bapa mengajar anak tentang seks dan cara melindungi diri. Berikut ialah beberapa contoh:

6. Hormati ibu bapa anda

Anak-anak dapat tunjuk hormat melalui cara mereka bercakap kepada ibu bapa. Mainkan VIDEO, kemudian bincang soalan berikut:

  • Mengapakah seorang anak remaja patut bercakap kepada ibu bapanya dengan hormat?

  • Bagaimanakah dia dapat menunjukkan dia menghormati mereka semasa bercakap?

Baca Amsal 1:8, kemudian bincang soalan berikut:

  • Apakah sepatutnya reaksi seorang anak muda apabila ibu bapanya memberinya nasihat atau menyuruhnya melakukan sesuatu?

7. Menyembah Yehuwa sebagai sebuah keluarga

Keluarga Saksi-Saksi Yehuwa menetapkan masa setiap minggu untuk menyembah Yehuwa bersama-sama. Apakah aktiviti yang dapat anda lakukan? Mainkan VIDEO, kemudian bincang soalan berikut:

  • Bagaimanakah sebuah keluarga dapat memastikan mereka melakukan Penyembahan Keluarga secara tetap?

  • Bagaimanakah ibu bapa dapat membuat penyembahan keluarga bermanfaat dan menyeronokkan?​—Lihat gambar pada permulaan pelajaran ini.

  • Apakah cabaran yang mungkin menghalang keluarga anda daripada belajar Bible bersama-sama?

Pada zaman Israel kuno, Yehuwa mahu setiap keluarga meluangkan masa untuk bercakap tentang Firman Tuhan. Baca Ulangan 6:6, 7, kemudian bincang soalan berikut:

  • Bagaimanakah anda dapat menerapkan nasihat dalam ayat ini?

Cadangan untuk penyembahan keluarga:

  • Buat persiapan untuk perjumpaan sidang.

  • Baca dan bincang kisah Bible yang disukai keluarga.

  • Jika anda ada anak-anak kecil, muat turun atau cetak aktiviti daripada jw.org.

  • Jika anda ada anak remaja, bincang rencana tentang kaum muda di jw.org.

  • Lakon kisah Bible dengan anak-anak.

  • Tonton dan bincang video di jw.org.

ADA ORANG KATA: “Bible terlalu susah bagi anak kecil.”

  • Apakah jawapan anda?

RINGKASAN

Yehuwa mahu (1) ibu bapa mengasihi, mendidik, dan melindungi anak, (2) anak-anak menghormati dan mematuhi ibu bapa, dan (3) keluarga menyembah-Nya bersama-sama.

Ulang Kaji

  • Bagaimanakah ibu bapa dapat mendidik dan melindungi anak mereka?

  • Bagaimanakah anak-anak dapat menunjukkan hormat kepada ibu bapa?

  • Apakah manfaat menetapkan masa setiap minggu untuk penyembahan keluarga?

Matlamat

JOM BELAJAR

Lihat bagaimana seorang lelaki belajar untuk menjadi bapa yang baik.

Diajar oleh Yehuwa untuk Membesarkan Anak-Anak (5:58)

a Perkataan “disiplin” dalam Bible bermaksud memberi arahan dan bimbingan, serta membetulkan anak. “Disiplin” tidak bermaksud mendera atau melayan anak dengan kejam.​—Efesus 6:4.