PELAJARAN 55
Sokonglah Sidang Anda
Di seluas dunia, umat Yehuwa menyembah-Nya dalam ribuan sidang yang berbeza. Mereka bersyukur kerana mendapat bimbingan dan arahan melalui sidang dan rela menyokongnya dalam pelbagai cara. Adakah anda juga rasa begitu?
1. Bagaimanakah anda dapat menggunakan masa dan tenaga untuk menyokong sidang?
Ahli sidang mungkin memerlukan bantuan kita dari masa ke masa. Contohnya, adakah terdapat saudara saudari yang lanjut usia atau sakit? Dapatkah anda membantu mereka membeli barang-barang keperluan, membawa mereka ke Dewan Perjumpaan, atau membuat sesetengah kerja di rumah mereka? (Baca Yakobus 1:27.) Kita juga dapat menyokong sidang dengan membersih dan menjaga Dewan Perjumpaan. Kita tidak dipaksa untuk melakukan hal-hal ini. Sebaliknya, kasih kepada Yehuwa dan rakan seiman mendorong kita untuk “menolong dengan sukarela.”—Mazmur 110:3.
Selain itu, saudara saudari yang sudah dibaptis dapat menyokong sidang dalam cara lain. Mereka dapat meluaskan khidmat dalam kerja penyebaran dengan menjadi perintis. Ada juga yang berpindah ke kawasan lain untuk menginjil, melakukan kerja pembinaan, atau membantu dalam kerja lain. Sesetengah saudara pula dapat berkhidmat sebagai pembantu sidang atau penatua.
2. Bagaimanakah kita dapat menggunakan harta milik kita untuk menyokong sidang?
Bible menggalakkan kita untuk ‘memuliakan Yehuwa dengan harta milik kita yang berharga.’ (Amsal 3:9) Kita dapat menyumbangkan duit atau benda lain untuk menyokong sidang dan kerja penyebaran sedunia. (Baca 2 Korintus 9:7.) Sumbangan kita juga digunakan untuk kerja membantu mangsa bencana. Memandangkan sumbangan kita dapat digunakan dalam pelbagai cara, sesetengah orang berusaha untuk “menyimpan sedikit wang” secara tetap untuk disumbangkan. (Baca 1 Korintus 16:2.) Kita dapat memasukkannya ke dalam peti sumbangan sidang atau memberinya melalui donate.pr418.com. Sememangnya, kita berbesar hati kerana dapat menggunakan harta milik kita untuk menunjukkan kasih kepada Yehuwa.
KETAHUILAH
Lihat cara-cara anda dapat menyokong sidang.
3. Guna harta milik untuk Yehuwa
Yehuwa dan Yesus bersukacita melihat kita memberi dengan rela hati. Yesus bahkan memuji seorang balu miskin yang memberikan sumbangan. Baca Lukas 21:1-4, kemudian bincang soalan berikut:
Perlukah kita memberikan banyak wang untuk gembirakan hati Yehuwa?
Apakah perasaan Yehuwa dan Yesus apabila kita memberi dengan ikhlas?
Mainkan VIDEO untuk lihat bagaimana sumbangan kita digunakan. Kemudian bincang soalan berikut:
Bagaimanakah sumbangan digunakan untuk menyokong sidang-sidang di serata dunia?
4. Hulurkan bantuan
Pada zaman dulu, umat Yehuwa menjaga tempat ibadat dengan baik. Selain memberikan wang, apa lagi yang mereka lakukan? Baca 2 Tawarikh 34:9-11, kemudian bincang soalan berikut:
Bagaimanakah orang Israel membantu menjaga Rumah Yehuwa?
Mainkan VIDEO untuk lihat bagaimana Saksi-Saksi Yehuwa mengikut teladan mereka. Kemudian bincang soalan berikut:
Mengapakah penting untuk memastikan Dewan Perjumpaan dalam keadaan yang bersih dan baik?
Apakah bantuan yang dapat anda berikan?
5. Para saudara yang berkhidmat untuk sidang
Bible menggesa saudara Kristian untuk berusaha menyokong sidang. Mainkan VIDEO untuk lihat satu contoh, kemudian bincang soalan berikut:
Apakah yang Ryan lakukan untuk menyokong sidang dengan lebih baik?
Bible menyatakan kelayakan yang harus dipenuhi oleh pembantu sidang dan penatua. Baca 1 Timotius 3:1-13, kemudian bincang soalan berikut:
ORANG MUNGKIN TANYA: “Macam mana Saksi-Saksi Yehuwa dapat duit untuk sokong kegiatan mereka?”
Apakah jawapan anda?
RINGKASAN
Yehuwa sangat menghargai usaha kita untuk menggunakan masa, tenaga, dan harta benda kita demi sidang.
Ulang Kaji
Bagaimanakah kita dapat menggunakan masa dan tenaga kita untuk menyokong sidang?
Bagaimanakah kita dapat menggunakan harta milik kita untuk menyokong sidang?
Apakah yang ingin anda lakukan untuk menyokong sidang?
JOM BELAJAR
Seorang saudara yang buta dan tuli bukan sahaja menerima bantuan, tetapi juga menghulurkan bantuan kepada orang lain dalam sidangnya.
NIKMATI HIDUP SELAMA-LAMANYA!—KURSUS PERBINCANGAN BIBLE