Yehuwa mengasihi orang yang setia kepada-Nya. (Baca 1 Tawarikh 28:9.) Maka, sebagai orang Kristian sejati, kita ingin tetap setia dan mengutamakan-Nya dalam hidup kita. Tetapi hal ini tidak mudah. Apakah yang dapat menguji kesetiaan kita dan bagaimanakah kita dapat menanganinya dengan berjaya?
1. Siapakah yang mungkin menguji kesetiaan kita kepada Yehuwa?
Sesetengah orang cuba menghalang kita daripada menyembah Yehuwa. Contohnya, ada antara mereka yang pernah menyembah Yehuwa tetapi pada kemudian hari, mereka meninggalkan organisasi Yehuwa. Mereka dipanggil orang murtad. Mereka mungkin menyebarkan dusta tentang organisasi Yehuwa supaya iman kita hancur. Ada juga pemimpin agama yang cuba menyebarkan maklumat palsu agar mengelirukan orang supaya meninggalkan kebenaran. Yesus menasihati kita, “Biarkanlah mereka. Mereka ialah pemimpin-pemimpin buta. Jika orang buta memimpin orang buta, kedua-duanya akan jatuh ke dalam lubang.” (Matius 15:14) Maka, adalah bahaya bagi kita untuk berdebat dengan mereka, membaca buku dan blog mereka, serta melayari laman web atau melihat video mereka.
2. Bagaimanakah kita dapat tetap setia semasa membuat keputusan peribadi?
Yehuwa mengarahkan kita, “Keluarlah daripada [Babilon Besar], hai umat-Ku.” (Wahyu 18:2, 4) Kasih kepada Yehuwa akan mendorong kita untuk menjauhi agama palsu. Jadi kerja yang kita pilih, organisasi yang kita sertai, mahupun aktiviti yang kita lakukan tidak patut ada apa-apa kaitan dengan agama palsu.
KETAHUILAH
Lihat bagaimana anda dapat tetap setia kepada Yehuwa. Belajar juga bagaimana anda dapat menunjukkan kesetiaan dengan meninggalkan Babilon Besar.
3. Berwaspada terhadap guru palsu
Apakah sepatutnya reaksi kita apabila mendengar hal buruk tentang organisasi Yehuwa? BacaAmsal 14:15, kemudian bincang soalan berikut:
Mengapakah tidak bijak untuk mempercayai segala sesuatu yang kita dengar?
Walaupun kita tidak jumpa orang murtad secara bersemuka, bagaimanakah kita mungkin terdedah kepada ajaran mereka?
Pada pendapat anda, apakah perasaan Yehuwa jika kita tertarik kepada maklumat palsu tentang-Nya atau organisasi-Nya?
4. Tetap setia kepada Tuhan semasa rakan seiman berdosa
Jika kita tahu bahawa seorang ahli sidang telah melakukan dosa serius, apakah yang perlu kita buat? Lihatlah Hukum Tuhan kepada orang Israel. BacaImamat 5:1.
Menurut ayat ini, kita harus beritahu para penatua jika kita tahu bahawa salah seorang rakan seiman melakukan dosa serius. Namun sebelum itu, kita patut menggalakkannya untuk mencari penatua dan mendapat bantuan mereka. Jika dia enggan mengakui dosanya, kesetiaan kepada Yehuwa akan mendorong kita untuk memberitahu hal itu kepada para penatua. Bagaimanakah tindakan ini menunjukkan kasih dan kesetiaan kepada . . .