PELAJARAN 60

Terus Membuat Kemajuan Rohani

Terus Membuat Kemajuan Rohani
Tunjuk Perkataan Sembunyi Perkataan

Sepanjang kursus ini, anda telah belajar banyak tentang Yehuwa dan memupuk kasih yang dalam kepada-Nya. Barangkali anda sedang mempertimbangkan sama ada untuk membaktikan diri kepada Yehuwa dan dibaptis, atau anda telah berbuat demikian. Ingatlah, pembaptisan bukanlah garisan tamat. Sebaliknya, ini hanyalah permulaan. Anda dapat terus menghampiri Yehuwa buat selama-lamanya. Bagaimanakah anda dapat melakukannya?

1. Mengapakah anda perlu terus menguatkan persahabatan anda dengan Yehuwa?

Bible menggalakkan kita untuk terus mengukuhkan hubungan kita dengan Yehuwa “agar kita tidak sekali-kali hanyut.” (Ibrani 2:1) Kita dapat mengekalkan kesetiaan kita dengan tetap sibuk melakukan kerja penyebaran dan mencari peluang untuk meluaskan khidmat kepada-Nya. (Baca Filipi 3:16.) Sememangnya, inilah jalan hidup yang terbaik!​—Mazmur 84:10.

2. Apa lagi yang perlu anda terus lakukan?

Walaupun kursus ini sudah berakhir, masih ada hal lain yang anda perlu lakukan. Bible kata kita perlu terus “mengenakan keperibadian baharu.” (Efesus 4:23, 24) Apabila anda terus mengkaji Firman Tuhan dan menghadiri perjumpaan sidang, anda akan semakin mengenali Yehuwa dan sifat-sifat-Nya. Pada masa itu, anda mungkin sedar bahawa terdapat sesetengah hal dalam hidup anda yang perlu anda perbaiki. Jika anda terus menyelaraskan fikiran dan sikap anda dengan apa yang Yehuwa inginkan, hal ini pasti menyenangkan hati-Nya. Jadi, janganlah putus asa.

3. Bagaimanakah Yehuwa membantu anda terus membuat kemajuan rohani?

Bible kata, ‘Tuhan akan menyempurnakan latihan kamu. Dia akan meneguhkan kamu, Dia akan menguatkan kamu, dan Dia akan mengukuhkan kamu.’ (1 Petrus 5:10) Apabila kita menghadapi godaan atau masalah, Yehuwa akan beri kita bantuan yang diperlukan agar kita dapat menanganinya dengan berjaya. (Mazmur 139:23, 24) Dia juga berjanji untuk memberi kita keinginan dan kekuatan agar dapat terus setia kepada-Nya selama-lamanya.​—Baca Filipi 2:13.

KETAHUILAH

Lihat cara untuk terus membuat kemajuan rohani dan berkat yang akan anda raih.

4. Terus berkomunikasi dengan Yehuwa

Doa dan pembelajaran Bible telah membantu anda menjadi sahabat Yehuwa. Bagaimanakah hal-hal itu dapat mengeratkan lagi hubungan anda dengan-Nya?

Baca Mazmur 62:8, kemudian bincang soalan berikut:

  • Apakah yang dapat anda lakukan agar doa anda jadi lebih bermakna?

Baca Mazmur 1:2, kemudian bincang soalan berikut:

  • Apakah yang dapat anda lakukan untuk memperoleh lebih banyak manfaat daripada pembacaan Bible?

Bagaimanakah pembelajaran peribadi anda dapat jadi lebih bermakna? Mainkan VIDEO untuk lihat beberapa tips yang berguna. Kemudian bincang soalan berikut:

  • Cadangan manakah yang ingin anda cuba?

  • Apakah topik yang ingin anda kaji?

5. Tetapkan matlamat rohani

Dengan menetapkan matlamat, anda dapat terus membuat kemajuan. Mainkan VIDEO, kemudian bincang soalan berikut:

  • Dalam video ini, apakah manfaat yang diraih oleh Cameron kerana menetapkan matlamat rohani?

Bukan semua orang dapat berpindah ke negara lain untuk menginjil. Tetapi, kita dapat menetapkan matlamat rohani yang sesuai. Baca Amsal 21:5, kemudian bincang matlamat yang ingin anda tetapkan . . .

  • dalam sidang.

  • untuk kerja penyebaran.

Bagaimanakah prinsip dalam ayat ini dapat membantu anda mencapai matlamat anda?

Contoh matlamat:

  • Tingkatkan mutu doa.

  • Baca seluruh Bible.

  • Kenali semua orang dalam sidang.

  • Mulakan pembelajaran Bible yang baharu.

  • Berkhidmat sebagai perintis sokongan atau perintis biasa.

  • Jika anda seorang saudara, berusahalah untuk menjadi pembantu sidang.

6. Nikmati hidup selama-lamanya!

Baca Mazmur 22:26, kemudian bincang soalan berikut:

  • Apakah yang dapat anda lakukan untuk menikmati hidup sekarang dan selama-lamanya?

RINGKASAN

Kukuhkan persahabatan anda dengan Yehuwa dan tetapkan matlamat rohani. Itulah rahsia untuk menikmati hidup selama-lamanya!

Ulang Kaji

  • Mengapakah anda yakin bahawa Yehuwa akan membantu anda menyembah-Nya dengan setia?

  • Bagaimanakah anda dapat menguatkan persahabatan dengan Yehuwa?

  • Mengapakah matlamat rohani dapat membantu anda terus membuat kemajuan?

Matlamat Jangka Panjang

JOM BELAJAR

Bahkan hamba Yehuwa yang setia mungkin hilang sukacita. Lihatlah bagaimana kita dapat bersukacita semula.

Mengembalikan Sukacita melalui Pembelajaran Bible dan Perenungan (5:25)