Bacalah bahagian awal sebagai persiapan. Terdapat soalan (A) dan ayat-ayat Bible (B) dalam huruf tebal yang mengandungi isi utama. Sesetengah ayat Bible ditandakan “baca.”
BAHAGIAN TENGAH
Bahagian Ketahuilah(C) memperkenalkan apa yang akan dibincangkan. Tajuk kecil (D) menjelaskan apa yang akan dipelajari. Baca ayat Bible, jawab soalan-soalannya, dan tonton video bersama guru Bible anda.
VIDEO dalam kotak mengandungi bahan media yang berkaitan dengan topik yang dipelajari. Sesetengah video merupakan kisah benar. Yang lain merupakan lakonan tentang situasi yang mungkin berlaku.
Lihat gambar dan penerangannya (E) lalu fikirkan cara untuk menjawab bahagian Ada Orang Kata(F).
BAHAGIAN AKHIR
Pelajaran berakhir dengan bahagian Ringkasan dan Ulang Kaji(G). Tuliskan tarikh pelajaran disiapkan. Bahagian Matlamat(H) menunjukkan hal-hal yang boleh anda terapkan. Jom Belajar(I) mengandungi maklumat tambahan untuk dibaca atau ditonton.
Bible mengandungi 66 buku kecil dan dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu Kitab Ibrani-Aram (“Perjanjian Lama”) dan Kitab Yunani Kristian (“Perjanjian Baharu”).
Apabila ayat Bible dinyatakan, anda akan lihat nama buku (A), nombor bab (B), dan ayat (C).
Contohnya, Yohanes 17:3 bermaksud buku Yohanes, bab 17, ayat 3.
NIKMATI HIDUP SELAMA-LAMANYA!—KURSUS PERBINCANGAN BIBLE