“Tuhan di syurga akan mendirikan sebuah kerajaan yang tidak dapat dimusnahkan.”—Daniel 2:44, Terjemahan Dunia Baharu.
“Seorang anak lelaki telah dikurniakan kepada kita. Dia akan memikul tugas sebagai pemerintah.”—Yesaya 9:6.
BIBLE MEMBANTU ANDA
Mengenali sebuah kerajaan yang akan membawa manfaat bagi anda.—Yesaya 48:17, 18.
Memiliki harapan untuk hidup sihat dan sejahtera dalam dunia yang baharu.—Wahyu 21:3, 4.
BOLEHKAH KITA MEMPERCAYAI BIBLE?
Boleh. Mari kita lihat dua sebab berikut:
Yesus menunjukkan apa yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan Tuhan. Yesus mengajar pengikutnya untuk berdoa supaya Kerajaan Tuhan datang dan supaya kehendak Tuhan terlaksana di bumi. (Matius 6:9, 10) Yesus telah menunjukkan bagaimana doa itu akan dijawab.
Semasa Yesus berada di bumi, dia memberikan makanan kepada orang yang lapar, menyembuhkan orang yang sakit, dan membangkitkan orang mati! (Matius 15:29-38; Yohanes 11:38-44) Memandangkan Yesus akan menjadi Raja Kerajaan Tuhan, apa yang dilakukannya di bumi menunjukkan manfaat yang bakal dinikmati oleh rakyat Kerajaan Tuhan.—Wahyu 11:15.
Keadaan dunia membuktikan bahawa Kerajaan Tuhan akan datang tidak lama lagi. Yesus menubuatkan bahawa bumi kita akan dilanda perang, kebuluran, dan gempa bumi sebelum Kerajaan Tuhan membawa kedamaian ke bumi.—Matius 24:3, 7.
Semua perkara itu berlaku di depan mata kita sekarang. Jadi kita boleh berasa yakin bahawa Kerajaan Tuhan akan mengakhiri semua masalah kita tidak lama lagi.
CUBA FIKIRKAN
Apakah keadaan hidup di bawah pemerintahan Kerajaan Tuhan?
Semasa menginjil, Yesus mengajarkan Kerajaan Tuhan pada setiap kesempatan. Selama berabad-abad, pengikut Yesus berdoa tentang kedatangan Kerajaan Tuhan.