Contohilah Yesus

Contohilah Yesus

BERBELAS KASIHAN

Biarpun Yesus sempurna dan tidak pernah mengalami kesusahan dan cabaran yang dialami oleh umat manusia, dia masih sangat prihatin terhadap kita. Dia sudi membantu kita meskipun dia tidak perlu berbuat demikian. Ya, sifat belas kasihan menggerakkannya untuk membantu orang. Renungkanlah teladan baiknya di Bab 32, 37, 57, 99.

MUDAH DIDEKATI

Tidak kira tua atau muda, semua orang senang hati untuk menghampiri Yesus kerana dia ikhlas, tidak sombong, dan amat mengambil berat terhadap mereka. Perhatikanlah hal ini di Bab 25, 27, 95.

TEKUN BERDOA

Yesus selalu berdoa kepada Bapanya dengan bersungguh-sungguh. Dia berdoa apabila dia bersendirian dan di hadapan para pengikutnya yang setia. Dia berbuat demikian pada bila-bila masa sahaja, bukan hanya pada waktu makan. Dalam doanya, dia mengucapkan syukur, memberikan pujian, dan meminta bimbingan daripada Bapanya sebelum membuat keputusan penting. Pertimbangkanlah teladan baiknya di Bab 24, 34, 91, 122, 123.

TIDAK MEMENTINGKAN DIRI

Biarpun Yesus perlu berehat, dia selalu mengutamakan kepentingan orang lain. Kita patut mencontohi sikapnya yang tidak mementingkan diri. Pelajarilah cara berbuat demikian di Bab 19, 41, 52.

SUKA MENGAMPUNI

Yesus bukan sekadar mengajar kita tentang pentingnya mengampuni orang. Dia sendiri juga sudi mengampuni para pengikutnya dan orang lain. Renungkanlah teladannya di Bab 26, 40, 64, 85, 131.

BERSEMANGAT

Meskipun nubuat Bible menyatakan bahawa kebanyakan orang Yahudi tidak akan menerima Mesias dan mahu membunuhnya, Yesus masih menyokong ibadat sejati dengan bersemangat. Kita patut mencontohinya apabila kita menghadapi tentangan dan menerima sambutan yang dingin. Bacalah tentang hal ini di Bab 16, 72, 103.

RENDAH HATI

Yesus ialah manusia yang sempurna, maka dia mempunyai kebolehan mental dan fizikal yang jauh lebih baik daripada semua orang. Dia juga mempunyai lebih banyak pengetahuan dan lebih bijaksana daripada semua orang. Meskipun demikian, dia sentiasa bersikap rendah hati. Marilah kita membaca teladannya di Bab 10, 62, 66, 94, 116.

SABAR

Yesus selalu bersabar biarpun para rasul dan orang lain gagal mencontohi teladannya atau tidak menerapkan ajarannya. Dengan sabar, dia mengulangi ajarannya dan membantu mereka mendekati Yehuwa. Renungkanlah kesabaran Yesus di Bab 74, 98, 118, 135.