JUTAAN orang Kristian memilih untuk tidak menyambut Krismas. Adakah mereka menyesal? Adakah mereka atau anak-anak mereka rasa kekurangan sesuatu? Bacalah apa yang dikatakan oleh Saksi-Saksi Yehuwa di seluas dunia.
Lebih mengutamakan Yesus Kristus: “Sebelum saya menjadi Saksi-Saksi Yehuwa, saya jarang pergi gereja. Kalau pergi pun hanya pada Krismas atau Easter. Tapi pada masa itu pun saya jarang berfikir tentang Yesus Kristus. Biarpun sekarang saya tidak lagi sambut Krismas, saya menghadiri perjumpaan Kristian dua kali seminggu dan bahkan meluangkan masa untuk ajar orang lain tentang Yesus.”—EVE, AUSTRALIA.
Menikmati sukacita kerana memberi: “Saya gembira apabila orang beri saya hadiah pada masa yang tidak saya jangkakan! Saya juga suka buat kad atau lukis sesuatu untuk orang lain. Bila saya lihat orang gembira, saya pun rasa gembira.”—REUBEN, IRELAND UTARA.
Membantu orang yang susah: “Kami suka masak untuk orang yang sakit. Kadangkala kami bawa bunga, kek, atau hadiah kecil untuk menceriakan mereka. Kami gembira sebab dapat melawat mereka pada bila-bila masa sepanjang tahun.”—EMILY, AUSTRALIA.
Meluangkan masa bersama keluarga: “Semasa keluarga kami berkumpul, anak-anak kami dapat kenal pak cik, mak cik, datuk, nenek, dan sepupu mereka. Kami tidak perlu tunggu sehingga perayaan tertentu. Kami tidak rasa tertekan, dan saudara-mara kami tahu kami melawat mereka kerana kami sayang mereka.”—WENDY, KEPULAUAN CAYMAN.
Menikmati kedamaian: “Semasa Krismas, orang begitu sibuk sehingga tiada ketenangan. Saya sudah belajar janji-janji Tuhan bagi manusia. Itu buat saya rasa sangat lega. Saya yakin anak-anak saya mempunyai masa depan yang gembira.”—SANDRA, SEPANYOL.