TERUSLAH BERJAGA-JAGA!

2022: Dunia Dilanda Kemelut—Apakah yang Bible Katakan?

2022: Dunia Dilanda Kemelut—Apakah yang Bible Katakan?

 Tahun 2022 merupakan tahun yang gempar. Perang, masalah ekonomi, dan bencana alam telah menjadi tumpuan utama berita. Apakah yang Bible katakan tentang semua kejadian ini?

Makna di sebalik kemelut 2022

 Semua peristiwa ini merupakan bukti kukuh bahawa kita sedang hidup pada zaman yang disebut dalam Bible sebagai “hari-hari terakhir.” (2 Timotius 3:1) “Hari-hari terakhir” ini telah bermula pada 1914. Lihatlah persamaan antara kejadian hari ini dengan apa yang dinyatakan dalam Bible tentang zaman kita:

 “Peperangan.”Matius 24:6.

  •   “Ancaman Perang Melanda Eropah pada Tahun 2022.” a

 Lihat rencana “Rusia Menyerang Ukraine.”

 “Kebuluran.”Matius 24:7.

  •   “2022: Krisis Kebuluran yang Tidak Pernah Terjadi.” b

 “Wabak.”Lukas 21:11.

  •   “Polio, cacar monyet, dan COVID-19 terus menular. Kesan penyakit yang berjangkit amatlah dahsyat, dan bahkan dapat mengancam kesihatan manusia sejagat.” c

 Lihat rencana “6 Juta Kematian Akibat COVID.”

 “Kejadian yang menakutkan.”Lukas 21:11.

  •   “Bencana alam dan kemusnahan akibat kemarau yang ekstrem, gelombang haba, kebakaran liar, dan banjir merupakan kemelut tahun 2022. Semua kejadian ini telah meragut nyawa ribuan orang dan menyebabkan jutaan lagi kehilangan tempat tinggal.” d

 Lihat rencana “Suhu Pecah Rekod di Seluas Dunia.”

 “Keadaan yang huru-hara.”Lukas 21:9.

  •   “Masalah ekonomi pada tahun 2022, terutamanya kadar inflasi yang melambung tinggi, menyebabkan rakyat mengadakan protes dan tunjuk perasaan terhadap kerajaan.” e

Apakah yang akan berlaku pada tahun 2023?

 Tiada sesiapa tahu apa yang akan berlaku pada tahun 2023. Tetapi, kita tahu bahawa Kerajaan Tuhan di syurga akan bertindak tidak lama lagi dan membawa perubahan yang besar. (Daniel 2:44) Kerajaan itu akan menghapuskan punca penderitaan manusia dan melaksanakan kehendak Tuhan di bumi.—Matius 6:9, 10.

 Maka, ikutlah nasihat Yesus Kristus dan “teruslah berjaga-jaga.” (Markus 13:37) Lihatlah bagaimana keadaan dunia yang digambarkan dalam Bible sedang menjadi kenyataan hari ini. Sila hubungi Saksi-Saksi Yehuwa untuk tahu bagaimana Bible dapat membantu anda sekarang dan memberi anda sekeluarga harapan sejati untuk masa depan.

a AP News, “2022 Was Year the Horror of War Returned to Europe,” oleh Jill Lawless, 8 Disember 2022.

b Program Makanan Sedunia, “A Global Food Crises.”

c Forum Kesihatan JAMA, “Living in an Age of Pandemics—From COVID-19 to Monkeypox, Polio, and Disease X,” oleh Lawrence O. Gostin, JD, 22 September 2022.

d Earth.Org, “What’s Behind the Record-Breaking Extreme Weather Events of Summer 2022?” oleh Martina Igini, 24 Oktober 2022.

e Carnegie Endowment for International Peace, “Economic Anger Dominated Global Protests in 2022,” oleh Thomas Carothers dan Benjamin Feldman, 8 Disember 2022.