TERUSLAH BERJAGA-JAGA!

2023: Tahun yang Dipenuhi Kekhuatiran​—⁠Apakah yang Bible Katakan?

2023: Tahun yang Dipenuhi Kekhuatiran​—⁠Apakah yang Bible Katakan?

 Pada tahun 2023, semua peristiwa yang berlaku di pentas dunia merupakan bukti kukuh bahawa kita sedang hidup pada zaman yang disebut dalam Bible sebagai “hari-hari terakhir.” (2 Timotius 3:1) Lihatlah persamaan antara kejadian hari ini dengan apa yang dinyatakan dalam Bible tentang zaman kita.

Bible dan peristiwa global

 “Peperangan di pelbagai tempat.”​—Matius 24:6.

  •   “Masalah konflik dan keganasan terus meningkat di pelbagai tempat di serata dunia.” a

 “Gempa bumi akan terjadi secara berturut-turut di merata tempat.”​—Markus 13:8.

  •   “Sejak awal tahun 2023, terdapat 13 kejadian gempa bumi di serata dunia yang berukuran lebih daripada 7 magnitud. Jumlah ini merupakan salah satu angka tertinggi yang pernah dicatatkan.” b

 “Kejadian yang menakutkan.”​—Lukas 21:11.

  •   “Era pemanasan global telah berakhir dan era pendidihan global sudah tiba.”—António Guterres, setiausaha agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. c

 Lihatlah rencana “Gelombang Haba di Serata Dunia 2023.”

 “Kebuluran.”​—Matius 24:7.

  •   “2023: Situasi amat meruncing pada tahun ini bagi mereka yang bergelut untuk memenuhi keperluan makanan harian keluarga mereka.” d

 “Masa genting yang sukar dihadapi.”​—2 Timotius 3:1.

  •   “Satu daripada lapan orang mengalami masalah kesihatan mental di seluruh dunia.” e

 Lihatlah rencana “Kesihatan Mental Remaja Semakin Merosot.”

Apakah yang dapat kita jangkakan bagi tahun 2024?

 Tiada sesiapa tahu apa yang akan berlaku pada tahun 2024. Tetapi, semua kejadian ini menunjukkan bahawa tidak lama lagi, Kerajaan Tuhan di syurga akan menggantikan semua kerajaan manusia. (Daniel 2:44) Kerajaan ini akan menghapuskan punca penderitaan dan kekhuatiran manusia.​—Wahyu 21:4.

 Buat masa sekarang, kita dapat bersandar pada Tuhan dan memohon bantuan-Nya semasa kita rasa khuatir. Bible kata:

 “Apabila aku berasa takut, aku berharap kepada-Mu.”​—Mazmur 56:3.

 Bagaimanakah kita menunjukkan bahawa kita berharap kepada Tuhan? Anda dijemput untuk belajar tentang janji Bible mengenai masa depan yang bebas daripada penderitaan. Cubalah kursus perbincangan Bible kami yang percuma untuk tahu bagaimana janji Bible dapat membantu anda dan keluarga anda.

a Foreign Affairs, “A World at War: What Is Behind the Global Explosion of Violent Conflict?” oleh Emma Beals dan Peter Salisbury, 30 Oktober 2023.

b Earthquake News, “Year 2023: Number of Major Earthquakes on Course for Record,” Mei 2023.

c Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, “Kata-Kata Pembukaan Setiausaha Agung di Persidangan Perubahan Iklim,” 27 Julai 2023.

d Program Makanan Sedunia, “A Global Food Crisis.”

e Pertubuhan Kesihatan Sedunia, “Hari Kesihatan Mental Sedunia 2023,” 10 Oktober 2023.