TERUSLAH BERJAGA-JAGA!

Ahli Politik Memberikan Amaran tentang Armagedon—Apakah yang Bible Katakan?

Ahli Politik Memberikan Amaran tentang Armagedon—Apakah yang Bible Katakan?

 Pada Isnin pagi, 10 Oktober 2022, Rusia telah melancarkan peluru berpandu (misil) ke atas Ukraine. Insiden ini ialah serangan balas susulan letupan jambatan yang menghubungkan Crimea dengan Rusia. Semua kejadian ini berlaku tidak lama selepas amaran daripada ahli politik bahawa dunia mungkin berdepan dengan ancaman Armagedon.

  •   “Kita tidak berdepan ancaman Armagedon sejak kejadian [Presiden A.S., John F.] Kennedy dan krisis peluru berpandu Cuba. . . . Pada pendapat saya, memang mustahil untuk [menggunakan] senjata nuklear tanpa mengakibatkan Armagedon.”—Presiden A.S., Joe Biden, 6 Oktober 2022.

  •   “Saya setuju kita bakal mengharungi Armagedon. Seluruh planet turut berdepan dengan ancaman ini.”—Komen Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky, semasa ditanya mengenai kesan penggunaan senjata nuklear, BBC News, 8 Oktober 2022.

 Adakah penggunaan senjata nuklear akan menyebabkan tercetusnya Armagedon? Apakah yang Bible katakan?

Adakah senjata nuklear penyebab Armagedon?

 Tidak. Perkataan “Armagedon” hanya muncul sekali dalam Bible di Wahyu 16:16. Istilah ini tidak merujuk kepada perang antara kerajaan-kerajaan manusia, tetapi merupakan perang antara Tuhan dengan “raja-raja di seluruh bumi.” (Wahyu 16:14) Tuhan akan menggunakan perang Armagedon untuk mengakhiri pemerintahan manusia.—Daniel 2:44.

 Untuk tahu lebih lanjut tentang Armagedon, bacalah rencana Apakah Itu Perang Armagedon?

Adakah bumi dan manusia akan dimusnahkan oleh perang nuklear?

 Tidak. Walaupun kerajaan manusia mungkin menggunakan senjata nuklear pada masa depan, Tuhan tidak akan membiarkan bumi dimusnahkan. Bible kata:

  •   “Bumi kekal buat selama-lamanya.”—Pengkhutbah 1:4.

  •   “Orang yang melakukan apa yang benar akan memiliki bumi, dan mereka akan mendiaminya selama-lamanya.”—Mazmur 37:29.

 Namun, nubuat dalam Bible dan peristiwa semasa jelas menunjukkan bahawa ini ialah detik-detik genting dalam sejarah manusia. (Matius 24:3-7; 2 Timotius 3:1-5) Untuk tahu lebih lanjut mengenai harapan masa depan yang disebutkan dalam Bible, sila sertai kursus perbincangan Bible ini.