TERUSLAH BERJAGA-JAGA!

Gempa Bumi yang Dahsyat Melanda Turki dan Syria—Apakah yang Bible Katakan?

Gempa Bumi yang Dahsyat Melanda Turki dan Syria—Apakah yang Bible Katakan?

 Pada Isnin, 6 Februari 2023, gempa bumi yang dahsyat telah melanda Turki dan Syria.

  •   “Lebih daripada 3,700 orang terkorban di Turki dan bahagian barat laut Syria selepas gempa bumi yang berlaku pada hari Isnin. Cuaca musim sejuk dan suhu hampir beku memburukkan keadaan ribuan mangsa yang tercedera atau kehilangan tempat tinggal. Usaha mencari dan menyelamatkan mangsa bencana turut terjejas.”—Reuters, 6 Februari 2023.

 Kita amat bersimpati dan hancur hati semasa mendengar tragedi sedemikian. Pada saat yang susah ini, kita perlu bersandar pada Yehuwa, “Tuhan yang melegakan hati kita dalam apa jua situasi.” (2 Korintus 1:3) Yehuwa membantu kita bertabah dan “memiliki harapan kerana Ayat-Ayat Suci melegakan hati kita.”—Roma 15:4.

 Dalam Bible, kita belajar tentang:

  •   Apa yang dinubuatkan mengenai gempa bumi.

  •   Sumber kelegaan dan harapan sejati.

  •   Cara Tuhan akan melenyapkan segala penderitaan kita.

a Yehuwa ialah nama peribadi Tuhan.—Mazmur 83:18.