TERUSLAH BERJAGA-JAGA!

Keganasan Senjata Api di Serata Dunia—Apakah yang Bible Katakan?

Keganasan Senjata Api di Serata Dunia—Apakah yang Bible Katakan?

 Pada bulan Julai 2022, kejadian keganasan senjata api telah berlaku di serata dunia:

  •   “Pembunuhan ahli politik terkenal di Jepun [bekas Perdana Menteri Shinzo Abe] mengejutkan penduduk di Jepun dan serata dunia, terutamanya kerana Jepun mempunyai kadar jenayah yang rendah dan undang-undang kawalan senjata api yang ketat.”—10 Julai 2022, The Japan Times.

  •   “Penduduk Denmark terkejut apabila tiga orang mati dalam serangan tembakan di sebuah pusat beli-belah di Copenhagen.”—4 Julai 2022, Reuters.

  •   “Afrika Selatan: 15 orang mati selepas serangan tembakan di sebuah bar di kota Soweto.”—10 Julai 2022, The Guardian.

  •   “Lebih daripada 220 orang ditembak mati dalam serangan tembakan di A.S. semasa cuti pada hujung minggu 4 Julai.”—5 Julai 2022, Berita CBS.

 Adakah keganasan sebegini akan berakhir? Apakah yang Bible katakan?

Akhir Keganasan

 Bible menggambarkan zaman kita sebagai “hari-hari terakhir.” Pada masa ini, orang akan bertindak ganas, kejam, dan tidak berbelas kasihan. (2 Timotius 3:1, 3) Akibatnya, orang ramai hidup dalam ketakutan. (Lukas 21:11) Namun, Bible kata akan tiba masanya keganasan berakhir, dan semua orang “akan tinggal di tempat yang selamat; tempat kediaman mereka akan aman sentosa.” (Yesaya 32:18) Bagaimanakah keganasan akan berakhir?

 Tuhan akan melenyapkan orang jahat dan membinasakan semua senjata api.

  •   “Orang jahat akan dilenyapkan dari bumi.”—Amsal 2:22.

  •   “Tuhan menghentikan peperangan di seluruh dunia. Dia mematahkan busur dan menghancurkan tombak; Dia menghanguskan semua kereta kuda.”—Mazmur 46:9.

 Tuhan akan melenyapkan punca keganasan dengan mengajar orang untuk hidup damai.

  •   “Di gunung suci Tuhan, tiada apa-apa pun yang akan mengakibatkan kecederaan atau kerosakan, kerana pengetahuan tentang Yehuwa akan memenuhi bumi, sebagaimana air memenuhi laut.”—Yesaya 11:9.

  •   Sekarang pun, Tuhan sedang mengajar orang di serata dunia untuk menjauhi keganasan dan tidak menggunakan senjata api. Mereka juga diajar untuk “menempa pedang menjadi bajak, dan tombak menjadi pisau pemangkas.”—Mikha 4:3.

 Untuk mengetahui janji Bible tentang dunia yang bebas daripada ketakutan, baca rencana Bebas dari Ketakutan—Mungkinkah? dalam bahasa Indonesia

 Untuk mengetahui bagaimana keganasan akan diakhiri buat selama-lamanya, baca rencana Damai di Bumi Akhirnya! dalam bahasa Indonesia