TERUSLAH BERJAGA-JAGA!

6 Juta Kematian Akibat COVID​—Apakah yang Bible Katakan?

6 Juta Kematian Akibat COVID​—Apakah yang Bible Katakan?

 Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), setakat 23 Mei 2022, 6.27 juta orang telah meninggal akibat COVID-19. Namun, dalam satu laporan berita yang dikeluarkan pada 5 Mei 2022, WHO menganggarkan jumlah kematian adalah jauh lebih tinggi. Pada 2020 dan 2021, “jumlah kematian yang dikaitkan secara langsung atau tidak langsung dengan COVID-19 . . . adalah kira-kira 14.9 juta.” Apakah yang Bible katakan tentang tragedi yang memilukan ini?

Bible menyebut tentang wabak yang dahsyat

  •    Yesus kata bahawa epidemik, atau “wabak yang dahsyat,” akan berlaku pada zaman yang dipanggil “hari-hari terakhir.”—Lukas 21:11, Alkitab Versi Borneo; 2 Timotius 3:1.

 Apa yang Yesus katakan itu sedang berlaku pada hari ini. Untuk maklumat lanjut, sila baca rencana “Apakah Tanda ‘Hari-Hari Terakhir,’ atau ‘Akhir Zaman’?

Bible memberikan kelegaan

  •    ‘Tuhan melegakan hati kita semasa kita mengalami segala macam cubaan.’—2 Korintus 1:3, 4.

 Ramai orang mendapat kelegaan daripada mesej Bible semasa orang tersayang mereka meninggal. Untuk maklumat lanjut, bacalah rencana “Mengatasi Kesedihan—Perkara yang Dapat Dilakukan Sekarang” dan “Bantuan Terbaik untuk Orang yang Berkabung.”

Bible mengandungi harapan yang sejati

  •    “Datanglah Kerajaan-Mu. Semoga kehendak-Mu terlaksana di bumi seperti di syurga.”—Matius 6:10.

 Tidak lama lagi, “Kerajaan Tuhan” akan melenyapkan semua penyakit, dan ‘tiada sesiapa pun akan berkata, “Aku sakit.”’ (Markus 1:14, 15; Yesaya 33:24) Untuk tahu lebih lanjut tentang kerajaan ini dan apa yang akan dilakukannya, sila lihat video Apa Itu Kerajaan Tuhan?

 Belajarlah lebih banyak tentang Bible. Anda dan keluarga anda pasti dapat meraih manfaat daripada nasihat bijaknya dan janji-janjinya yang melegakan hati.