TERUSLAH BERJAGA-JAGA!

Perang di Ukraine Menyebabkan Krisis Makanan di Serata Dunia Semakin Parah

Perang di Ukraine Menyebabkan Krisis Makanan di Serata Dunia Semakin Parah

 Pada 19 Mei 2022, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah mengadakan persidangan bersama 75 pegawai berpangkat tinggi. Mereka mengatakan bahawa “pandemik COVID-19 dan perubahan iklim telah menyebabkan krisis makanan di serata dunia. Namun, keadaan ini menjadi lebih teruk disebabkan perang di Ukraine dan mungkin mengakibatkan kebuluran di beberapa tempat.” Tidak lama selepas itu, majalah The Economist juga menyatakan bahawa “keadaan dunia kita sudah parah dengan begitu banyak masalah, tetapi disebabkan oleh perang, kita berada di ambang kebuluran.” Sebenarnya, Bible memang menubuatkan krisis kekurangan makanan yang akan berlaku pada zaman kita. Namun, Bible juga memberitahu kita cara untuk menghadapinya.

Bible menubuatkan krisis makanan

  •    Yesus menubuatkan, ‘Satu bangsa akan menyerang bangsa yang lain, dan satu kerajaan akan menyerang kerajaan yang lain. Kebuluran akan terjadi.’Matius 24:7.

  •    Dalam Bible, di buku Wahyu ada menyebut tentang empat penunggang kuda simbolik. Salah satu penunggang kuda itu melambangkan peperangan. Dia diikuti oleh seorang lagi penunggang kuda yang melambangkan kebuluran, iaitu masa apabila makanan akan dicatu dan dijual dengan harga yang melampau. ‘Aku nampak seekor kuda hitam. Penunggangnya memegang sebuah dacing di tangan. Aku mendengar sesuatu yang kedengaran seperti suara berkata, “Satu kilogram gandum seharga upah sehari dan tiga kilogram barli seharga upah sehari juga.”’—Wahyu 6:5, 6, Alkitab Berita Baik.

 Nubuat tentang krisis makanan ini sedang menjadi kenyataan. Dalam Bible, waktu ini dipanggil “hari-hari terakhir.” (2 Timotius 3:1) Untuk belajar lebih banyak tentang hari-hari terakhir dan empat penunggang kuda dalam buku Wahyu, tonton video Dunia Telah Berubah sejak 1914 dan baca rencana “Empat Penunggang Kuda—Siapakah Mereka?”

Bagaimana Bible Dapat Membantu

  •    Bible mengandungi nasihat praktikal yang dapat membantu kita menghadapi situasi yang mencabar, termasuk harga makanan yang melambung tinggi atau kekurangan makanan. Lihat beberapa contoh nasihat sebegitu dalam rencana “Bagaimanakah Saya Dapat Hidup dengan Pendapatan yang Kurang Berbanding Dahulu?”

  •    Bible juga memberi kita harapan bahawa situasi kita akan menjadi lebih baik. Terdapat janji dalam Bible yang menyatakan bahawa pada masa depan, “bumi akan melimpah dengan biji-bijian” dan semua orang akan mempunyai banyak makanan. (Mazmur 72:16) Untuk belajar lebih banyak tentang harapan dalam Bible dan mengapa anda dapat mempercayainya, bacalah rencana “Harapan Sejati bagi Masa Depan.”