TERUSLAH BERJAGA-JAGA!

Mencari Sumber Harapan bagi 2024​—Apakah yang Bible Katakan?

Mencari Sumber Harapan bagi 2024​—Apakah yang Bible Katakan?

 Ramai orang tidak dapat mencari penyelesaian bagi masalah yang dihadapi dunia ini. Namun, kita dapat menemui harapan bagi masa depan. Dari mana kita dapat memperoleh harapan sejati?

Bible memberikan harapan

 Masalah-masalah yang kita hadapi sekarang buat kita hilang harapan. Dalam Bible, Tuhan berjanji bahawa Dia akan menyelesaikan semua masalah kita. Tidak lama lagi, Tuhan “akan menyapu semua air mata [kita], dan kematian tidak akan ada lagi. Ratapan, tangisan, dan kesakitan pun tidak akan ada lagi.”​—Wahyu 21:4.

  •   Untuk mengetahui lebih banyak tentang janji-janji Bible pada masa depan, bacalah rencana “Harapan Sejati bagi Masa Depan.”

Bagaimana Bible dapat membantu anda sekarang

 Harapan Bible dapat bantu anda melawan perasaan negatif dan mempunyai pandangan yang lebih positif. (Roma 15:13) Nasihat Bible sangat berguna dan dapat bantu anda menangani cabaran hidup seperti masalah kesihatan, kemiskinan, dan ketidakadilan.

  •   Lihat bagaimana harapan Bible membantu seorang lelaki yang menghadapi masalah kemiskinan untuk mencari kedamaian dan kebahagiaan dalam hidup. Tontonlah video Juan Pablo Zermeño: Yehuwa Memberi Saya Kehidupan yang Bermakna.

  •   Bible dapat bantu anda menangani kesedihan, kekhuatiran, perasaan bersalah, dan keperitan semasa orang tersayang meninggal. Bacalah rencana “Dapatkah Saya Cari Kata-Kata yang Melegakan Hati daripada Bible?

  •   Seorang wanita yang telah lama berkhidmat sebagai askar kata bahawa dia selalu “muram dan tidak kisah tentang orang lain.” Lihatlah bagaimana Bible telah memberinya harapan dalam video Saya Tidak Lagi Mengangkat Senapang.

 Semoga 2024 menjadi tahun yang penuh dengan kebahagiaan untuk anda dan keluarga anda. Ketahui lebih lanjut tentang cara Bible dapat membantu anda. Cubalah kursus pembelajaran Bible kami yang percuma. Belajarlah bagaimana Tuhan dapat memberi anda ‘kedamaian, harapan, dan masa depan yang baik.’​—Yeremia 29:11.