TERUSLAH BERJAGA-JAGA!

Mengapakah Dunia Ini Penuh dengan Kebencian?​—⁠Apakah yang Bible Katakan?

Mengapakah Dunia Ini Penuh dengan Kebencian?​—⁠Apakah yang Bible Katakan?

 Berita penuh dengan laporan tentang orang mengucapkan kata-kata hinaan, bertindak ganas kerana prasangka, keganasan etnik, dan peperangan.

  •   “Platform media sosial dibanjiri dengan ucapan kebencian disebabkan konflik antara Israel dan Gaza, dan tindakan para ekstremis.”​—The New York Times, 15 November 2023.

  •   “Sejak 7 Oktober, ucapan kebencian dan keganasan akibat prasangka telah meningkat dan lebih parah berbanding dahulu.”—Dennis Francis, presiden Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, 3 November 2023.

 Ucapan kebencian, keganasan, dan peperangan bukanlah sesuatu yang baharu. Bible kata bahawa orang pada zaman dahulu menggunakan ‘kata-kata kejam yang bagaikan anak panah,’ dan mereka pun bertindak ganas serta menyokong peperangan. (Mazmur 64:3; 120:7; 140:1) Namun, Bible juga menjelaskan bahawa kebencian yang berlaku pada hari ini mempunyai maksud yang penting.

Kebencian​—Tanda pada zaman kita

 Bible menjelaskan dua sebab mengapa kebencian berleluasa pada hari ini.

  1.  1. Bible telah menubuatkan suatu jangka masa di mana “kasih kebanyakan orang akan mendingin.” (Matius 24:12) Daripada menunjukkan kasih, ramai orang akan memiliki sikap-sikap yang membangkitkan kebencian.​—2 Timotius 3:1-5.

  2.  2. Kebencian yang menular di seluas dunia pada hari ini mencerminkan pengaruh jahat Syaitan Si Iblis. Bible kata bahawa “seluruh dunia berada di bawah kuasa Si Jahat.”​—1 Yohanes 5:19; Wahyu 12:9, 12.

 Namun, Bible juga menyingkapkan bahawa Tuhan akan melenyapkan segala punca kebencian tidak lama lagi. Dia juga akan menghilangkan segala kesan buruk akibat kebencian. Perhatikan janji Bible ini.

  •   Tuhan “akan menyapu semua air mata mereka, dan kematian tidak akan ada lagi. Ratapan, tangisan, dan kesakitan pun tidak akan ada lagi. Perkara-perkara yang lama sudah lenyap.”​—Wahyu 21:4.