TERUSLAH BERJAGA-JAGA!

Mengapakah Hal Politik Memecahbelahkan Orang?—Apakah yang Bible Katakan?

Mengapakah Hal Politik Memecahbelahkan Orang?—Apakah yang Bible Katakan?

 Di seluas dunia, ramai orang berpecah belah kerana isu politik. Pada tahun 2022, satu tinjauan oleh Pusat Penyelidikan Pew menyatakan, “65% orang dewasa di sekitar 19 negara kata bahawa terdapat konflik yang teruk atau sangat teruk, antara orang yang menyokong parti politik yang berbeza.”

 Adakah anda juga perhatikan hal yang sama berlaku di negara anda? Mengapakah hal ini berlaku dan apakah penyelesaiannya? Perhatikan apa yang dikatakan Bible.

Sikap yang menimbulkan perpecahan

 Bible kata bahawa kita sedang hidup pada zaman yang dipanggil “hari-hari terakhir” dan ramai orang akan mempunyai sikap yang menyebabkan perpecahan.

  •   ‘Pada hari-hari terakhir, akan tiba masa genting yang sukar dihadapi. Manusia akan mencintai diri sendiri, dan tidak mahu dibawa berbincang.’—2 Timotius 3:1-3.

 Walaupun banyak orang menyokong dan berharap agar kerajaan mereka berjaya, hal itu tidak berlaku. Orang yang mempunyai pendapat berbeza rasa susah untuk bekerjasama dan mencari penyelesaian bagi suatu masalah. Hal ini seperti yang dikatakan dalam Bible.

  •   “Manusia menguasai manusia sehingga mereka menderita.”—Pengkhutbah 8:9.

 Namun, Bible juga sebut tentang penyelesaian yang kekal, iaitu sebuah kerajaan yang dipimpin oleh seorang yang dapat melenyapkan semua masalah manusia.

Pemimpin yang layak dan prihatin

 Bible sebut tentang seorang pemimpin yang sempurna, iaitu Yesus Kristus. Yesus mempunyai kuasa dan kemampuan untuk menyelesaikan semua masalah manusia. Dia juga mempunyai keinginan untuk membawa perpaduan dan kedamaian sejati.

  •   “Di bawah pemerintahannya, orang yang baik akan hidup makmur dan menikmati kedamaian yang melimpah.”—Mazmur 72:7.

  •   “Semua bangsa akan melayaninya.”—Mazmur 72:11.

 Yesus ialah pemimpin yang terbaik kerana dia mengambil berat dan ingin membantu orang, terutamanya mereka yang ditindas dan dilayan dengan tidak adil.

  •   “Dia akan menyelamatkan orang miskin yang berseru meminta tolong, dan dia akan membantu orang yang lemah dan orang yang diabaikan. Dia akan mengasihani orang yang miskin dan orang yang lemah, dan dia akan menyelamatkan nyawa orang yang papa kedana. Dia akan menyelamatkan mereka daripada keganasan dan penindasan.”—Mazmur 72:12-14.

 Belajarlah lebih banyak tentang Kerajaan Tuhan, sebuah kerajaan di syurga yang dipimpin oleh Yesus. Lihatlah bagaimana anda dapat menyokong pemerintahannya dan berkat yang akan anda raih.

  •   Tontonlah video Apa Itu Kerajaan Tuhan?

  •   Bacalah rencana “Kerajaan Tuhan—Sebuah Kerajaan Tanpa Rasuah.”