TERUSLAH BERJAGA-JAGA!

Tembakan Rambang di Sekolah—Apakah yang Bible Katakan?

Tembakan Rambang di Sekolah—Apakah yang Bible Katakan?

 Pada 24 Mei 2022, satu tragedi telah menimpa pekan Uvalde, Texas, Amerika Syarikat. Menurut The New York Times, “seorang penembak telah membunuh 19 orang kanak-kanak dan dua orang guru . . . di Robb Elementary School.”

 Sedihnya, kejadian dahsyat seperti ini semakin berleluasa. USA Today melaporkan bahawa di Amerika Syarikat saja, “terdapat 249 kes tembakan di sekolah pada tahun lalu, iaitu jumlah tertinggi sejak 1970.”

 Mengapakah hal yang kejam seperti ini berlaku? Bagaimanakah kita dapat menghadapinya? Adakah keganasan akan berakhir? Lihatlah jawapan Bible.

Mengapakah orang pada hari ini semakin ganas?

  •    Bible menggambarkan zaman ini sebagai “hari-hari terakhir,” dan orang akan bersikap “garang” dan “tidak memiliki kasih sayang.” Oleh itu, mereka cenderung melakukan perbuatan yang ganas dan kejam. Bible juga kata mereka “akan menjadi semakin jahat.” (2 Timotius 3:1-5, 13) Untuk belajar lebih banyak, bacalah rencana “Adakah Bible Meramalkan Cara Orang Berfikir dan Berkelakuan pada Zaman Kita?

 Banyak orang tertanya-tanya, “Mengapakah Tuhan membiarkan perkara buruk seperti tembakan rambang di sekolah berlaku?” Lihatlah jawapan Bible dalam rencana “Mengapakah Perkara Buruk Berlaku kepada Orang Baik?”

Bagaimanakah kita dapat bertabah dalam dunia yang ganas dan kejam ini?

  •    “Segala yang tertulis sejak dahulu lagi ditulis untuk mengajar kita, supaya kita memiliki harapan kerana Ayat-Ayat Suci melegakan hati kita.”—Roma 15:4.

 Prinsip Bible dapat membantu kita untuk terus bertabah dalam dunia yang ganas ini. Lihatlah majalah Sedarlah! yang bertajuk Apakah Kekerasan Akan Berakhir? dalam bahasa Indonesia.

 Para ibu bapa dapat membantu anak-anak menangani laporan berita yang menakutkan. Lihatlah rencana “Membantu Anak-Anak Menangani Laporan Berita yang Mengganggu Emosi Mereka.”

Adakah keganasan akan berakhir?

  •    “[Tuhan] akan menyelamatkan mereka daripada keganasan dan penindasan.”—Mazmur 72:14.

  •    “Mereka akan menempa pedang menjadi bajak, dan tombak menjadi pisau pemangkas. Satu bangsa tidak akan mengangkat pedang untuk melawan bangsa yang lain, dan mereka tidak akan belajar berperang lagi.”—Mikha 4:3.

 Tuhan dapat melakukan apa yang tidak dapat dicapai oleh manusia. Kerajaan Tuhan akan melenyapkan semua senjata dan mengakhiri keganasan buat selamanya. Untuk tahu lebih lanjut tentang apa yang Kerajaan Tuhan akan lakukan, bacalah rencana “Kerajaan Tuhan Membawa ‘Kedamaian yang Melimpah.’”